Sunday, November 6, 2011

Sejarah Hari Raya Korban

Assalamualaikum :)

Hari ini, umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban. Hari Raya Korban ni ada sejarahnya yang tersendiri. Antaranya, kisah Nabi Ibrahim A.S. diperintahkan oleh Allah S.W.T. untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S.

Nabi Ibrahim A.S. bermimpi bahawa dia diarahkan untuk menyembelih anaknya, Ismail.
Firman Allah S.W.T,
Dan apabila dia sampai dengan dia [umur] pengerahan tenaga, beliau berkata, "Wahai anakku, sesungguhnya aku telah melihat dalam mimpi bahawa aku [mesti] menyembelihmu, maka apa pandanganmu." Dia [Ismail A.S.] berkata, "Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan. Kamu akan dapati aku, Insya Allah, dari orang-orang yang sabar."
Kemudian, Nabi Ismail A.S. berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, aku ingin sampaikan beberapa pesan kepada ayah. Hendaklah ayah  mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan ayah. Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya ayah tidak melihat lalu menimbulkan kasih sayang ayah kepadaku. Hendaklah ayah melipat kain ayah supaya tidak tercemar dengan darah meskipun sedikit hingga mengurangi pahala aku dan mungkin juga diketahui oleh ibu sehingga dia menjadi susah. Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepat jalannya di atas leher aku, supaya tidak terlalu sakit mati kerana mati itu sakit sekali. Hendaklah ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanyadan katakan padanya, bersabarlah engkau terhadap perintah Allah S.W.T. dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih aku serta bagaimana ayah mengikat tanganku. Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkanku. Dan ayah mengetahui anak seperti aku hendaklah ayah tidak melihatnya hingga nanti ayah menjadi susah dan duka."

 Nabi Ibrahim A.S. berkata, "Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah S.W.T." 

Nabi Ibrahim A.S. sudah bersedia untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S. seperti yang diperintah oleh Allah S.W.T. Nabi Ibrahim A.S. meletakkan pisau pada leher puteranya. Maka baginda memotongnya dengan kuat sekali namun ia tidak mampu memutuskan leher anaknya. Sesungguhnya Allah S.W.T. membuka tutup mata malaikat di langit dan di laut ketika malaikat melihat bahawa Nabi Ibrahim A.S. menyembelih puteranya, mereka tersungkur sujud kepada Allah S.W.T. 

Kemudian Allah S.W.T. berfirman bermaksud, “Dan Kami menyeru: Hai Ibrahim, sungguh engkau membenarkan mimpi. Ertinya, apa-apa yang engkau perlihatkan daripada beberapa pemandangan, hingga tampak bagi hamba-Ku, bahawa engkau sungguh-sungguh memiliki keredaan-Ku daripada kecintaan kamu terhadap anakmu.Dan adalah engkau dengan demikian itu, termasuk golongan orang yang taat kepada perintah-Ku. Sungguh, ini adalah ujian yang nyata, iaitu penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas, dari yang tidak ikhlas atau juga ujian yang nyata sulit sekali, kerana tidak ada yang sesulit itu. Maka, Kami selamatkan orang yang disuruh membunuhnya dengan sembelihan besar dari syurga, iaitu kambing kibas yang dulu dikorbankan oleh Habil yang diterima daripadanya. Dan korban kambing itu tetap berada di syurga, hingga Nabi Ismail ditebus atau digantikan dengan kambing itu. Kerana itu, Kami perintahkan kepada Jibril yang datang dengan membawa kambing kibas, ketika Nabi Ibrahim A.S. meletakkan pisaunya yang terakhir kali pada leher puteranya itu."

Mempersembahkan persembahan kepada tuhan-tuhan juga adalah keyakinan yang dikenal manusia sejak lama. Dalam kisah Habil dan Qabil disebutkan Qurtubi meriwayatkan bahawa saudara kembar perempuan Qabil yang lahir bersamanya bernama Iqlimiya sangat cantik, sedangkan saudara kembar perempuan Habil bernama Layudza tidak begitu cantik. Nabi Adam dianjurkan mengahwinkan saudara kandung perempuan mendapatkan saudara lelaki dari lain ibu. Maka timbul rasa dengki di hati Qabil terhadap Habil, sehingga ia menolak untuk melakukan pernikahan itu dan berharap dapat berkahwin dengan saudari kembarnya yang cantik. Lalu mereka sepakat untuk mempersembahkan korban kepada Allah S.W.T, siapa yang diterima korbannya itulah yang akan diambil pendapatnya dan dialah yang benar di sisi Allah S.W.T. Qabil mempersembahkan seikat buah-buahan dan habil mempersembahkan seekor kambing, lalu Allah S.W.T menerima korban Habil.

Persembahan suci dengan menyembelih atau mengorbankan manusia juga dikenal peradaban Arab sebelum Islam. Disebutkan dalam sejarah bahawa Abdul Mutalib, datuk Rasululluah S.A.W., dikurniakan 10 orang anak lelaki. Bagi masyarakat jahiliah, mempunyai ramai anak lelaki sangat dibanggakan. Lalu, Abdul Mutalib bernazar untuk menyembelih salah satu daripada anaknya. Undian pertama jatuh kepada Abdullah, anak bongsunya. Namun, Abdul Mutalib sangat menyayangi Abdullah. Undia dibuat sekali lagi. Hasilnya, Abdullah juga yang kena. Mendengar itu kaum Quraisy melarang Abdul Mutalib agar tidak diikuti generasi setelah mereka. Akhirnya Abdul Mutalib sepakat untuk menebusnya dengan 100 ekor onta. Kerana kisah ini pernah suatu hari seorang lelaki memanggil Rasulullah "Hai anak dua orang sembelihan". Baginda hanya tersenyum, dua orang sembelihan itu adalah Nabi Ismail A.S. dan Abdullah bin Abdul Mutalib.

#Google

No comments:

Post a Comment